LOGO
Logo ialah lambang atau tanda identiti (trademark) berbentuk 2 -dimensi atau3-dimensi,warna atau monokrom,geometri atau organik.tipografi,abstrak bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat,produk dan perkhidmatan. Logo terbahagi kepada 4 jenis:logo huruf, logo simbol, logo representasi dan logo ambigram.
Logo Huruf (Typhographic marks)
Logo huruf atau logo tipografi menggunakan font atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trademark berbentuk imej logo.Logo hurufv berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials). Pendekatan tipografi perlu dimasukkan unsur grafik seperti (garisan,imej,rupa organik atau geometrik,warna) didalam kandungan logo bagi memperkembangkan lagi identitinya.
Logo Simbol(Symbolic marks)
Logo simbol memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitnya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif).Terutamanya penambahan unsur-unsur figura(rupa:organik,geometrik atau abstrak dan bentuk:2-dimensi atau 3-dimensi).
Logo Representasi( Descriptive marks)
Logo representasi atau dikenali dengan descriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung diantara syarikat perniagaan dan produk,atau perkhidmatan pelanggan
Logo Ambigram
An ambigram is a typhographical design or artform that maybe read as one or more words not only in its form as presented, but also from another view point,direction or orientation. The word readable in the other view point,direction or orientation maybe the same or different from the original words. Douglas R.Hofstadter describes an ambigram as a " caligraphic design that manages to squeeze 2 different readings into the selfsame set of curves."Different ambigram artists ( sometimes call ambigramists) may create completely different ambigram from the same word or words, differing in both style and form from the website:http://en.wikipedia.org/wiki/Ambigra
Contoh-contoh Logo Huruf :






Contoh-contoh Logo Simbol :








Contoh-contoh Logo Representasi :




Contoh-contoh Logo Ambigram:






POSTER
Poster direka bentuk sama ada bentuk 2-dimensi atau campuran dengan 3-dimensi objek.Format kertas single-page diletakkan ditempat orang ramai yang mudah untuk dibaca dan dilihat dengan cara menggantung atau menampal yang bertujuan untuk mempamerkan atau mempromosikan dari item-item seperti:maklumat hiburan,data,jadual atau tawaran,aktiviti pameran,pertandingan,jualan murah,tempat,produk baru,syarikat kewangan,khidmat pelanggan dan organisasi.
A poster may be designed with just typhograph or
with a combination of type and visuals.The visual
abstract,pictographic,symbolic,illustrative,graphic,
hybrid.Type may be designed within the visuals or
there may be a fusion of type and visuals.Designing
a poster is a chalenge in terms of both design
principles and message communication.
Landa RobinMunari(2008) melihat dan menilai keberkesanan sesebuah poster itu merujuk kepada bagaimana tumpuan mata seseorang apabila melihat poster,dengan kata lain "a poster should hit you in the eye"
Walaubagaimanapun,sebuah poster yang baik memerlukkan elemen lain seperti penggunaan warna,
pelbagai rupa, bentuk dan teks,maklumat yang hendak disampaikan,komposisi,saiz dan adakalanya poster yang ringkas sahaja dapat memberi kesan impak yang tinggi kepada pemerhati.Oleh itu,
penilaian ke atas sebuah poster adalah berlandaskan kepada kriteria-kriteria yang agak subjektif dan tidak terhad dimana ianya boleh diubahsuai dan dilakukan penambahbaikan.
Apakah tujuan utama poster? Peranan atau tujuan utama yang dimainkan oleh poster kerapkali dikaitkan dengan penggunaan pengiklanan ditempat awam.Samaada promosi barangan atau produk keluaran baru,khidmat yang diberi,aktiviti yang akan dijalankan dan pelbagai macam matlamat oleh piha pengeluar barangan dan syarikat perniagaan.Kesannya semata-mata dilihat dapat meningkakan penjualan,menjadi lebih kukuh dan dikenali serta dapat menyakinkan pengguna kepada produk atau khidmat yang diperkenalkan
CONTOH POSTER..
.


PEMBUNKUSAN
CONTOH PACKAGING DESIGN
Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan,confectionary,hadiah, cecair,ubat-ubatan,proses pemindahan,pameran dan lain-lain.Bahan yang digunakan sebagai pembungkusan antaranya seperti: cartoon board,corrugated,plastik,multimaterial dan waterproof board.
Selain daripada strategi pemasaran,branding dan iklan di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah:reka bentuk,reka letak yang tertumpu kepada perletakkan taipografi(samaada fon : 2D atau 3D dan saiz),pemilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk.tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap imej yang berkaitan dengan barangan produk.Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo dan alamat syarikat,net weight,bar code,alamat syarikat,isi kandungan, logo halal,due date,customer sipport line,motto atau tema dan nama pr oduk tersebut.
OBJEKTIF UTAMA yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah pembungkusan antaranya ialah:
- Menjadikan ia boleh berfungsi
- mengkaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
- memahami konsep guna semula atau kitar semula
- tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2D dan 3D
- mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap bahagian pembungkusan
- mereka bentuk pembungkusan supaya ianya nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya juga
- membuat kajian pembungkusan jenama yang lain
- mereka bentuk pembungkusan yang menyerlah dan tersendiri
- penggunaan warna yang bersesuaian
- Kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungannya bungkusan.
CONTOH PACKAGING DESIGN

TAIPOGRAFI
Tipografi boleh dilihat disekeliling kita, signage, tiket keretaapi, bas, buku masakan, laman web, bungkusan, iklan sehingakan apa sahaja yang kita guna dan lihat hampir semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
Merujuk kepada buku yang ditulis oleh Squire(2006)bertajuk" Getting It Right With Type" kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dalam memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi dan penggunaanya.Setiap terminologinya perlu diketahui seperti technical terminology, apa dia muka/rupa taip(type faces),readability,kerning,letterspace,wordspacing,leading,alignment, widows and orphans, grid, layout, paragraphs, hubungan antara huruf dan imej dal lainnya.
Bagi seorang pelajar, pereka bentuk grafik dan tenaga pengajar grafik mungkin ianya tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk mempelajarinnya.Tetapi jika ia melibatkan mereka yang tidak tahu,ianya akan menjadi satu yang amat membebankan.Walaubagaimanapun, pada hari ini dengan adanya komputer semua elemen-elemen dan teminologi yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan,diringkaskan sehinggakan pada setiap perisian yang digunakan seperti word, illustrator, photoshop, indesign, flash, director ada tertera istilah-istilah yang digunakan dalam taipografi (pop-up teks).
Hari ini taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen sepeti: huruf , teks, fon, imej, warna atau hitam putih, tetapi ianya perlu dilihat dari sudut bagaimana ianya berfngsi dan peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik, pembungkusan, atau identiti korporat, mahupun multimedia.Elemen-elemen yang tidak diketahui antaranya: anatomi, leading, kerning, pica, point, fon, readability dan legibiliy. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila dimanipulasi atau di aplikasikan ke atas kertas atau di skrin komputer.
Dalam kehidupan harian kita akan dapati bahawa pada setiap waktu dan ketika, tempat dan peristiwa, apa yang kita lihat, sentuh, begitu juga dengan produk komunikasi seperti blog, facebook, yahoo messenger, ataupun laman web, setem, poskod, poster, signboard, iklan, logo, filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya.
Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms, twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipografi menjadi sangat penting dan begitu popular dikalangan generasi-x dewasa ini. Tanpa taipografi, semua yang disebut di atas menjadi sukar dalam perlaksanaannya.
Penggunann taipografi melalui huruf,nombor dan simbol samaada dari bahasa melayu, Chian, India, Siam dan bahasa lain boleh menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada meklumat, idea, simbol, yang hendak disampaikan. Kreativiti dan imaginasi dalam menggabungkan, memanipulasi dan mengubahsuai setiap huruf atau nombor memerlukkan penyusunan yang teratur.Menuut Resnick (2003) "Letterforms can be alterad and maniplated to become both the image and a message"Menurut beliau lago,"Typography is a visual graphic language when it is used creativity and expressively and a verbal written language when it is combined with an image.
CONTOH TAIPOGRAFI